Hello kehidupan dunia alam maya. Yes. Seperti yang tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari sekalian sedia maklum. Tujuan utama penulisan saya di sini amatlah jelas bahawasaya dilanda kesedihan. Maka saya kembali bertaut pada blog ini. Kenapa waktu gembira tiada khabar berita wahai saudari fadhilah?
Al maklumlah tika kondisi diri dalam keadaan gembira. Kenapa perlu berkongsi cerita? Bila gembira pastilah masa terluang diisi dengan kehadiran satu rasa atau mungkin pelbagai rasa untuk menambah perisa? Apa aku merapu ni. Haeh la. Sila bangun sendiri bila jatuh. Percayalah dia lebih bahagia dengan pilih dia. Redha itu menyerah dan pasrah itu mengalah. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.
Selamat pagi kehidupan
No comments:
Post a Comment