Monday, March 19, 2012

07

Sesuatu yang aku pegang sangat erat namun akhirnya aku sendiri tidak mampu berpaut lagi. Rintihan air mata sering menemani malam sepi. Di tikar sejadahMu aku memohon, supaya Engkau tetapkan hati aku agar aku sentiasa sabar. Jauh sudah aku jatuh dari landasan. Perlahan-lahan aku bangun sendirian. Keperitan aku tanggung, namun ada lagi insan yang lebih terseksa. Aku tidak mahu menjadi kufur, maka aku tetap bersyukur atas apa yang berlaku. Seperti kehilangan salah satu anggota badan. Aku gagah tempuhi sebarang dugaan hidup. Yang aku ada cuma dua, Allah, Tuhan Yang Maha Kaya serta keluarga yang setia menanti kepulangan aku. Dekatkan diri dengan Sang Pencipta. Hidup matiku hanya untukMu. 


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

No comments: