Tuesday, October 11, 2011

teardrops on my way back

selalu bajet title in english. tp bila tulis. haram tak lekat pun english tu. tapa la. still ada semangat tu. malam ni. kisah sedih lagi. haha. dalam blog ni memang sentiasa bersedih jaaa. biasa la kan. kawan ni. bila kita senang. sentiasa ikut bontot. tapi bila sedih. yang dok ikut bontot tu semua hilang. lesap p mana entah. kecuali untuk beberapa orang yang memang aku tafsirkan sebagai kawan. dan aku betul2 maksudkannya. kalau kita renungkan balik. pernahkah kita terfikir. apa beza kenalan, kawan dan sahabat? ataupun. semua main bedal jaa. ikut sedap hati nak pakai yang mana kan. aku cuba rungkaikan persoalan aku sendiri. *eh. apa ke benda budak ni. sendiri tanya, sendiri jawab*. okay. aku cuba cari penyelesaian sendiri. hidup ini perlu berpijak di bumi yang nyata tau. bukan berada di awangan ataupun bergantung pada orang. ini pandangan aku. mari kita kongsikan bersama

1) KENALAN
well. bagi aku. kenalan ini lebih merujuk kepada seseorang yang kita tak rapat. macam kalau dia ada or tadak dalam hidup kita pun. tadak jejas. kalau dia pijak kepala kita pun. kita tak ambil hati sangat. kalau dia badmouth pasai kita pun. kita endahkan saja. sebab tiada kepercayaan dan kemesraan yang terjalin. itu intrepretasi aku.

2) KAWAN
kawan ni banyak ja kita boleh cari. kadang-kadang susah dia pun ada. senang pun dia ada. tapi kebanyakkannya. dia ada waktu kita senang ja. waktu kita susah. dia akan lesap jugak macam kenalan. tapi tak salahkan dia jugak. mungkin diri kita sendiri yang mencetuskan perhubungan sebegitu. kita jangan tunding jari kat orang. sebab empat lagi jari akan tunding balik kat diri sendiri. itu apa yang aku rasakan.

3) SAHABAT
ini yang aku betul-betul perlukan. dia sentiasa ada tika suka atau duka. seperti cubit peha kiri, peha kanan juga terasa.

biarlah kita tentukan sendiri siapa sahabat, siapa kawan dan siapa kenalan. nasihat untuk diri sendiri, kita buatlah baik dengan semua orang. tapi bila kita rasa diri dipergunakan. cepat-cepatlah bangun tegakkan pendirian. jangan jadi seperti lembu kena cucuk hidung. itu orang nak ampu boleh la. kibas-kibas bontot ka. tapi itu bukan cara aku. thanks kepada yang sudi memujuk. i owe your kindness. you put smile on my face. you know who i referring to. ehem! ini bukan ayat mengampu boyfriend. kelembutan wanita yang mampu menggoyahkan dunia

aku mohon maaf pada hati-hati yang telah aku sakiti. pengalaman mendewasakan aku. terima kasih atas pengajaran hidup tidak ternilai

1 comment:

ms.shana said...

sahabat menangis susah dicari..=)