Monday, July 25, 2011

sepi namun hati diam membisu

sementara aku menunggu blogspot ne loading. sempat pulak aku menyanyi lagu *diam-diam jatuh cinta blablabla~* maklumlah. kadar kesiputan kelembaban berukband berada pada tahap infinity. pada saat ini. aku merasakan. mati itu lebih mudah dari hidup. alangkah bahagianya aku kalau aku menuruti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. namun aku masih kotor menanggungi dosa yang betapa berat seksa bakal aku tempuhi kelak. aku mohon dari semua. kalian yang membaca. aku mohon keampunan dan kemaafan tulus ikhlas dari sanubari kalian. aku tidak meraih simpati murahan. namun aku mahukan penghormatan. bukan pangkat dan darjat aku miliki. tapi aku punyai hati kerdil yang kadangkala menangis sendirian. aku mahu perhatian bukan ihsan simpati yang kau berikan. apakah hina diri aku? sehinggakan apa yang aku rasa tidak perlu diendahkan? apa yang aku nantikan tak perlu dijelaskan? bukankah penantian itu satu penyiksaan? namun. seksa itu. hanya aku yang tahu. berat aku menanggung. sikit pun kau tidak pedulikan. aku lemah. lemah tak terkata. meragut segala jeritan seksa batin. sepi. sepi aku sendiri. menelusuri perjalanan hidup. meniti ranjau usia. hingga kelak. tiada siapa yang pasti penghujungnya. dalam doaku. semoga kau berbahagia hendaknya. cukup la madu yang aku berikan. bukan racun sebagai balasan. selamat jalan kawan, teman, sahabat dan kekasih


i wish..
i could be..

No comments: