Thursday, March 24, 2011

TENSION

mungkin aku memang tak berguna langsung pada orang. aku tak tau apa lagi harus aku lakukan untuk puaskan nafsu manusia. berkawan, bercinta, segalanya aku yang mulakan. tapi aku masih bodoh dibelenggu masalah dengan diri sendiri. tak yakin dengan diri sendri. apa lagi tomahan yang nak diludahkan ke muka aku? tak puas ka tengok aku menderita terkontang kanting hidup dengan bimbingan dan kasih sayang seorang ayah. andainya Allah panjangkan hidup ma aku. mungkin jalan hidupku tak sesukar begini. siapa mahu menjadi teman di kala aku sayu? walhal ketika aku bersedih sekali pun tiada siapa yang peduli melainkan dia. tapi aku pernah lukakan hati dia. dan mustahil baginya untuk mengubati luka itu. khilafku besar. tengok saja keadaan aku pabila ke kelas. mungkin tidur menjadi penawar segala kedukaan walaupun sementara. tanggungjawab aku besar. sebagai anak kedua, masih mempunyai dua orang lagi adik yang sangat memerlukan petunjuk dan contoh dari aku. tapi sekiranya aku masih menyusahkan ayah aku. apakan itu bakal menjadi teladan buat mereka? cukuplah beban ayah ketika kehilangan ma. ternyata, masih tiada wanita mampu mengganti tempat ma. kemudian, aku. aku perlukan teman. bukan lawan. aku sudi mengalah, berikan segala yang kau mahu. cuma aku pinta satu. supaya manusia menghargai kewujudan aku. belum masanya untuk aku berbakti. buka ruang untuk aku. tolonglah. aku merayu. selagi yang bernyawa itu bergelar manusia, aku pasti kalian masih ada sedikit ruang ihsan untuk aku. bukan wang ringgit aku dambakan. bukan pengorbanan aku pintakan. cuma sedikit belas dan ruang bagi aku menjadi teman. aku tidak bermadah untuk kepentingan diri. cuma aku terasa tersisih dalam komuniti ini. maafkan kesalahan dan kesilapan aku. nurani aku tidak mampu menanggung segalanya lagi. aku hanya mampu bukukan di sini. bukan di hadapan muka kalian. segali lagi kemaafan aku pinta meskipun aku tidak layak meminta. maafkan aku

1 comment:

Nia Ridzwan said...

ni pasai pa ni?
chill k dear?