Friday, December 2, 2011

02

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)


ini aku google ja. masa zaman-zaman SPM dulu rajin la sangat guna quote bagai ni. tapi sekarang aku dalam bidang bahasa inggeris, aku dah tinggalkan quote bahasa melayu. namun aku tetap tidak lupa diri. sedar asal usul aku dari keluarga yang sederhana. ketika arwah mama kembali ke rahmatullah, beliau sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti untuk para guru. aku kagum dengan sikapnya yang sentiasa berusaha walaupun berada dalam kesakitan, BARAH PAYUDARA di peringkat ke 4. melihat saja keperitan yang ditanggungnya, aku sukar untuk membayangkan betapa seksanya dugaan Allah terhadap mama. tapi mama tabah. arwah masih lagi mengikuti kelas walaupun dari rumah. berkat pertolongan kawan2 mama yang sanggup sediakan nota2 untuk memudahkan mama. namun, Allah itu Maha Adil. DIA simpan umur mama sekejap ja. belum sempat majlis konvokesyen pun. mama telah pergi meninggalkan kami semua.

baru-baru ni. aku bertanya ayah. kenapa ayah tidak sambung belajar sedangkan kelulusan yang diperolehi ayah suatu ketika dulu amat mengagumkan sehingga melayakkan beliau memegang jawatan sebagai penolong pengurus di bernas. dek kerana mama sakit teruk, ayah mengambil keputusan berhenti kerja. itu yang membuatkan aku ingin bertanya sedemikian kepada ayah. perbualan aku dengan ayah lebih kurang begini lah

Aku: awat ayah tak sambung belajaq lagi? nanti boleh ayah sambung kerja mana2. ayah kan muda lagi. lambat lagi nak tunggu umur pencen. (ayah aku berusia 48 tahun)

Ayah: buat apa sambung belajaq?

Aku: yala. nanti ayah boleh kerja sampai pencen. lagipun dik yah dah besaq. angah pun dok perlis ja. angah boleh tolong tengok2kan dia (padahal jaga diri sendiri pun xlepas lagi. caih!)

Ayah: *ada hadis ayah sebutkan. tapi aku dah xingat*. angah. macam ni lah. ilmu dunia ni tak kemana pun. lebih baik ayah p menuntut kat tok guru belajaq ilmu fardu ain. itu yang lebih dituntut dalam Islam. harta, wang ringgit, darjat, pangkat semua tu hanya hiasan dunia yang bersifat sementara. buat apa kita lebih2kan yang sementara sedangkan yang berkekalan itu kita abaikan?


Aku: *sentap*. terus buka tv


kali ni entri aku macam berguna sikit. sebab aku rasa aku nak berkongsi perbualan aku dengan ayah. ayah aku adalah segalanya. beliau boleh masak, boleh menjaga perihal rumahtangga. superb! sukar cari lelaki zaman sekarang yang mampu melaksanakan hal rumahtangga.

No comments: