berbicara tentang kegagalan
itu perkara biasa bagi mereka yang malas
berbicara tentang kejayaan
itu hadiah tidak ternilai bagi mereka yang berusaha
percaya kata hati?
ikutkan hati mati
mereka yang memilih laluan ini
sudah semestinya
bakal menempuh keperitan
kupas satu per satu
khilafmu
kerana santan pulut binasa
kerana mulut badan binasa
kata mereka yang arif
orang yang suka bercakap itulah sebenarnya bodoh
mereka yang diam
bukan kerana mereka takut
namun
mereka memikirkan strategi
agar menjadi musuh dalam selimut
aku masih lagi berselindung disebalik kata kata
cuba berlagak tenang
walhal
kuatnya hati meronta
andai burung boleh berkata kata
kicaun ia pasti suatu yang memikat
hidup penuh pancaroba
setiap kali kau berjaya tempuhinya
setiap kali itu jualah
kau bangun berdiri teguh
megahnya tak terkata
sebaris senyuman buat mereka
syabas!kau berjaya
sebaliknya bagi aku
pelbagai dugaan aku lalui
tiada pula kurasa sesukar ini
suka,duka,tawa dan tangis
itulah ramuan hidup
yang menjadikan kita dewasa
kenapa kau masih lagi angkuh?
luahkan saja yang terbuku
tidak!
bukan di sini tempatnya
kau sebagai hamba
perihalkanlah segala-galanya
pada tuanmu
sesungguhnya
DIA lah yang mengutuskan ujian ini bagimu
teruskan mengukir senyuman di bibirmu
biar mereka takut akan keberanianmu
keteguhan jiwamu kekuatan ragamu
biarkan saja mereka berkata
sampai masa mereka letih
membuat konklusi dibalik cemuhan
tiada guna berkata pada si hati batu
baginya
dia sajalah yang betul
teruslah bermain dengan dunia
sebab hidup di dunia hanya sekali
sebelum kau,kau dan kau
bersama aku
hidup kekal abadi di sana
aku masih lagi
mengagumi cinta Adam dan Hawa
*diam*
terus diam
dan akhirnya
menangis juga
memang dasar lemah
No comments:
Post a Comment