macam penah dengar jaa tajuk
memang la
tu lagu dendangan artis bersuara lunak
nama dia nur fadhilah binti mohd shaher
kenai dak?
haha..tu nama saya lah!
tapi bukan saya yang menyanyi
saya sangat teruk dalam nyanyian
nak suruh saya bercakap xhenti-henti boleh laa
tapi kalau nak nyanyi
maaf..saya xkan sesekali memalukan diri di depan khalayak ramai
entri kali ne mungkin kedengaran sayu,sedih dan mungkin juga emo
suka hati lah
perasaan sendiri..
saya merupakan seorang insan yang serba kekurangan
kekurangan itu semakin bertambah setelah pemergian mama
saya hilang pedoman hidup
mama merupakan suri teladan saya
sampai bila-bila pun
xkan ada orang yang mampu menandingi mama
selama hayat mama
mama bekerja sebagai seorang guru
mama memang garang..dan sifat itu diwarisi oleh saya
haha..tapi la saya dah cool
dah tadak orang kacau
cuba kacau tengok..kot kena tutp telinga pulak
suara saya..kuat kot..
sampai ada manusia yang xsuka saya dek kekuatan jeritan saya
haha..lantak lah..
saya tanak berduka tapi saya mahu berkongsi
mungkin tiada siapa yang mahu tahu
tiada pengunjung
tiada pengikut
tiada perangsang
saya cekalkan hati, kuatkan semangat
saya mahu teruskan menaip
*sayu*
sampai sekarang
saya tak mampu melaksanakan tugas sebagai anak perempuan
yang mengemas rumah,memasak dan menjaga ahli keluarga
saya amat mengagumi mama
disamping mama menyambung pengajiannya
mama tidak pernah mengabaikan keluarga
sebelum mama pergi kuliah kat oum,sg petani
mesti makanan sudah disediakan
rumah sudah dibersihkan
mama sangat peramah dan baik hati
tidak sekali macam saya
selalu saja ada tetamu datang mengunjungi rumah
mama mesra dan disenangi ramai
sebab itulah ketika pemergiannya
ramai yang menangisi termasuklah
anak didiknya,rakan2,kaum keluarga tu sudah semestinya
tapi kini
setelah hampir 2tahun pemergiannya
tiada siapa yang bertandang ke rumah
kalau ada pun..boleh kira berapa sangat
saya sangat merindui mama
setiap hari..
saya berdoa agar saya dapat berhubung dengan mama dalam mimpi
tapi saya masih tidak bertemu dengan mama
mimpi saya hanyalah sekadar permainan tidur
kepada anda yang sudi meneruskan pembacaan sehingga akhir ayat saya
saya pinta kalian menyayangi ibu kalian
jangan pernah mengabaikan mereka
sebab ibu kita hanyalah seorang
insan yang melahirkan kita
menderita zahir dan batin demi kita
sekali ja kita hidup
jangan pula menyesal tak sudah
semoga berjumpa lagi di kisah lain
selamat malam
5 comments:
sayu gila weh. tsk
sabar laa fadh.
aku faham apa hang rasa walaupun yang menanggung lebih perit.
sabar.
udin: tskk tskk..
oney: aku buat post ne utk panduan ja..huhu,,i'm ok
huwaaaaaaa
ha baru boleh komen blog ang
sabaq paklah.
hidup perlu diteruskan
masih ramai anak anak d luar sana yg senasib dgn ang. go paklahhhhhhh!!
ang ad rmai org syg ang hee :)
termasuk dondon aha dakdak
firah: aku nk tooott..xleh sebut nama..bhya..haha
Post a Comment